PETALING JAYA – Pengunjung Taman Tasik Danau Kota, hari ini dikejutkan dengan bau busuk gara-gara puluhan ekor ikan yang mati di dalam tasik itu.
Menerusi perkongsian di Threads @Hayana Darliz, bagaimanapun kejadian itu bukan pertama kali berlaku apabila puluhan ikan di tasik berkenaan juga mati pada awal tahun lalu.
“Jadi lagi guys… dah mula berbau pagi ni. Esok lusa mesti lagi dasyat baunya,” tulis hantaran itu.
Tinjauan di ruang komen mendapati, rata-rata pengguna terkejut melihat keadaan itu selain ada yang berharap agar masalah itu dapat dikawal pihak berkuasa.









