PETALING JAYA – Gaya pemakaian tudung yang dikaitkan dengan profesion dan kedudukan seseorang dalam dunia akademik mencuri perhatian pengguna media sosial apabila seorang pengguna Threads berkongsi pandangan secara berseloroh mengenai perkara itu.
Menerusi hantaran pengguna Threads @akma_rushdi berkata, tudung yang digayakan secara bersilang dengan solekan nipis sering dikaitkan dengan golongan guru.
Sebaliknya katanya, gaya tudung yang dipinkan di bahagian hadapan tanpa solekan pula sering digayakan oleh pensyarah institusi pengajian tinggi, politeknik dan golongan profesional.
Pengguna itu turut menyamakan gaya tudung yang disemat rapat ke dahi sehingga kelihatan seperti lipatan topi keledar dengan golongan berjawatan tinggi dalam bidang akademik.









