JAKARTA: Gempa bumi magnitud 6.2 melanda Laut Banda di timur Indonesia pada awal pagi Khamis, dengan gegaran dirasai di beberapa kawasan di Maluku dan Papua.
Pengarah Gempa Bumi dan Tsunami Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG) Wijayanto berkata gempa bumi itu berlaku pada 5.06 pagi waktu tempatan (6.06 pagi waktu Malaysia).
Pusat gempa terletak kira-kira 203 kilometer (km) ke barat laut Kepulauan Tanimbar di wilayah Maluku.
Wijayanto berkata kekuatan gempa bumi itu pada awalnya dilaporkan pada magnitud 6.4, namun kemudian disemak semula selepas analisis lanjut, dengan kedalamannya dikemas kini kepada 164km.








%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2F345234234234_908093.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
