KUALA LUMPUR: Jumlah rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah meningkat kepada 1,588 orang setakat September tahun ini daripada keseluruhan 3,322 individu yang ditahan atas pelbagai kesalahan.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata, jumlah itu menyaksikan peningkatan berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025, dan 1,181 kes pada 2024.

Beliau berkata, jumlah rakyat Malaysia yang ditahan atas kesalahan berkaitan dadah menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan.

“Lima negara yang mencatatkan kes tertinggi adalah Indonesia dengan 381 kes, diikuti China (380), Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72).