KUALA LUMPUR - Seramai 1588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan berkaitan dadah setakat September 2026.Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sani berkata, ia meningkat berbanding 1,303 kes yang direkodkan sepanjang 2025.Menurutnya, jumlah rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara atas kesalahan berkenaan menunjukkan peningkatan dalam tempoh tiga tahun kebelakangan ini."Lima negara yang mencatatkan kes tertinggi adalah Indonesia (381), China (380), Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72)," katanya di Dewan Rakyat.Lukanisman Awang berkata, bagi kes tahanan seumpama ini, Kementerian Luar Negeri melalui Perwakilan Diplomatik Malaysia di luar negara akan membantu memastikan hak dan kebajikan semua tahanan warganegara Malaysia sentiasa terjaga.Beliau berkata, kementerian turut menyedari isu keberkesanan keselamatan di pintu masuk dan keluar negara, khususnya berkaitan teknologi pengimbasan di lapangan terbang antarabangsa Malaysia."Ia susulan daripada beberapa kes yang dilaporkan di media antarabangsa mengenai penahanan warganegara Malaysia yang terlibat dengan kesalahan membawa masuk dadah ke negara asing," ujarnya.
1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkaitan dadah

Key takeaways
Seramai 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara atas kesalahan dadah setakat September 2026, meningkat daripada 1,303 kes pada 2025. Kementerian Luar menegaskan akan melindungi hak tahanan dan menyedari keperluan memperkukuh keselamatan pintu masuk negara.
- Indonesia, China dan Singapura mencatatkan kes tahanan rakyat Malaysia tertinggi.
- Kementerian Luar akan memastikan hak dan kebajikan tahanan warganegara terjaga.
- Isu keberkesanan teknologi pengimbasan di lapangan terbang antarabangsa turut disedari.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Harian Metro , Berita Harian , Harian Metro , Kosmo , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- By
- ROSKHOIRAH YAHYA
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara berkaitan dadah (this story)
- Utusan Malaysia 1,588 rakyat Malaysia ditahan di luar negara akibat dadah








