Kuala Lumpur: Bilangan rakyat Malaysia yang ditahan di luar negara berkaitan kesalahan dadah mencatatkan peningkatan membimbangkan sejak tiga tahun kebelakangan ini, membabitkan 1,588 individu daripada keseluruhan 3,322 tahanan setakat September lalu.

Timbalan Menteri Luar, Datuk Lukanisman Awang Sauni, berkata lima negara mencatatkan jumlah tahanan rakyat Malaysia tertinggi iaitu Indonesia dengan 381 orang, diikuti China (380), Singapura (310), Thailand (102) dan Jepun (72).

"Seramai 1,181 rakyat Malaysia ditahan atas kesalahan dadah pada 2024, diikuti 1,303 orang pada 2025.

"Terdapat peningkatan sebanyak 285 pada tahun ini yang menjadikan jumlah tahanan kepada 1,588 orang," katanya ketika Sesi Jawab Lisan di Dewan Rakyat di sini, hari ini.