KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) menambah satu lagi kerusi untuk ditandingi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka iaitu Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Limau, menjadikan keseluruhannya 10 kerusi.
Setiausaha Agung PKR, Datuk Dr. Fuziah Saleh berkata, Mej. (B) Jaimi Dimon dipilih sebagai calon di Ayer Limau, sekali gus melengkapkan senarai calon parti itu di 10 kerusi berbanding sembilan yang diumumkan sebelum ini.
“Untuk calon-calon Keadilan, kita semalam telah pun menyerahkan watikah dan kita ada menambah lagi satu kerusi bertanding.
“Semasa pengumuman calon, sembilan kerusi, tetapi pada hari ini kita sudah menambah satu lagi dan ada 10 kerusi yang akan ditandingi oleh Keadilan. Tambahan itu ialah DUN Ayer Limau,” k









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
