Ayer Keroh: Lembaga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) Berhad mengumumkan agihan Keuntungan Boleh Agih Interim 2/2026 berjumlah RM190.6 juta, meningkat 50.2 peratus berbanding RM126.9 juta yang diagihkan pada Julai lalu.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, agihan bagi tempoh Mei hingga Ogos 2026 itu memberi manfaat kepada kira-kira 72,000 peserta membabitkan 734 projek di seluruh negara.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pembayaran kepada peserta yang layak akan dilaksanakan secara berperingkat bermula hari ini.
"Jumlah berkenaan meningkat sebanyak RM63.7 juta atau 50.2 peratus, berbanding RM126.9 juta agihan keuntungan interim 1/2026 yang dibayar kepada peserta pada Julai lalu.









