AYER KEROH – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mencatatkan kutipan hasil sebanyak RM70.15 bilion sehingga 30 September lalu, melebihi sasaran RM62.09 bilion yang ditetapkan bagi tempoh tersebut.Ketua Pengarah Kastam, Datuk Seri Amran Ahmad berkata, kutipan itu mencapai 112.98 peratus daripada sasaran, selain meningkat 23.06 peratus atau RM13.145 bilion berbanding tempoh sama tahun lalu."Berdasarkan prestasi kutipan semasa yang memberangsangkan ini, JKDM yakin berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai, malah berpotensi melepasi sasaran kutipan hasil sebanyak RM80 bilion yang ditetapkan oleh Kementerian Kewangan bagi tahun ini," katanya.Beliau berkata demikian ketika berucap pada Istiadat Mengarak Gencana Diraja Kastam sempena ulang tahun ke-63 penganugerahan gelaran ‘Diraja’ kepada JKDM di sini pada Khamis.Amran berkata, pencapaian itu mencerminkan komitmen dan kesungguhan seluruh warga JKDM dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan."Namun, kecemerlangan sesebuah institusi bukan hanya diukur melalui angka kutipan, tetapi juga melalui cara amanah tersebut dilaksanakan secara cekap, telus, adil dan berintegriti," katanya.Menurutnya, seiring dengan perubahan landskap perdagangan global, JKDM perlu terus memperkukuh keupayaan organisasi melalui risikan, analisis risiko dan penggunaan teknologi yang lebih berkesan."Pemodenan sistem dan proses kerja serta perkongsian data juga perlu dipertingkatkan bagi memastikan penyampaian perkhidmatan dan penguatkuasaan kekal cekap, pantas dan berkesan," ujarnya.Mengulas lanjut, Amran berkata, gelaran 'Diraja' bukan sekadar satu kebanggaan yang diwarisi, sebaliknya amanah besar yang perlu dipelihara menerusi mutu perkhidmatan, disiplin dan integriti setiap warga jabatan."Setiap keputusan yang dibuat, tindakan yang dilaksanakan dan perkhidmatan yang diberikan mencerminkan kewibawaan nama ‘Diraja’ yang kita junjung," katanya.Istiadat berkenaan turut menyaksikan perarakan Gencana Diraja, perbarisan Kawalan Kehormatan Kastam yang diiringi Pancaragam JKDM serta pemeriksaan baris kawalan kehormatan.Gencana Diraja yang diarak melambangkan identiti, maruah dan kesinambungan amanah yang dipikul seluruh warga JKDM dalam berkhidmat kepada Raja, negara dan rakyat.
Kastam catat kutipan hasil RM70.15 bilion hingga September

Key takeaways
JKDM mencatatkan kutipan hasil RM70.15 bilion hingga September, melebihi sasaran yang ditetapkan.
- Kutipan hasil mencapai 112.98 peratus daripada sasaran yang ditetapkan.
- Kenaikan sebanyak 23.06 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.
- JKDM yakin boleh capai sasaran RM80 bilion bagi tahun ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- AHMAD ISMADI ISMAIL
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Utusan Malaysia Eksport Pahang catat RM10.95 bilion dalam lapan bulan
- Utusan Malaysia Selangor rekod hasil negeri RM2.8 bilion capai sasaran 2026
- Sinar Harian Kastam catat kutipan hasil RM70.15 bilion hingga September (this story)







