New Jersey, Amerika Syarikat: Sekumpulan penyelidik membangunkan alat dikenali sebagai 'tandas nyamuk' bagi menganalisis bahan kumuhan serangga itu untuk mengesan patogen yang berpotensi menjadi sistem amaran awal terhadap ancaman kesihatan baharu, lapor Euronews.
Nyamuk dianggap antara haiwan paling berbahaya di dunia kerana keupayaannya menyebarkan pelbagai penyakit.
Pemantauan terhadap serangga itu diharap dapat membantu saintis mengesan virus dalam persekitaran sebelum ia menimbulkan ancaman kepada manusia.
Pakar entomologi Universiti Rutgers di Amerika Syarikat, Dana Price, membangunkan peranti berkenaan untuk mengumpulkan dan menganalisis najis nyamuk bagi mengesan bahan genetik patogen.









%2Ffile%2Fpublisher-c1a3f893382d2b2f8a9aa22a654d9c97%2F2025%2F10%2Fab48266fe21b31c15dd064ee1697c636.jpg&w=480&output=webp&q=85&we)
