Kuala Lumpur: Pengusaha selam skuba, pengendali bot dan pelancong diingatkan supaya tidak mengambil risiko meneruskan aktiviti laut ketika cuaca tidak mengizinkan sepanjang Monsun Timur Laut (MTL) yang bermula 27 Oktober lalu hingga Mac depan.

Presiden Persatuan Selam Skuba Malaysia (MSDA), Aminor Azmi Abdul Latip berkata, permulaan musim tengkujuh perlu diberi perhatian oleh semua pihak yang merancang perjalanan ke pulau dan aktiviti selam skuba kerana perancangan keselamatan perlu meliputi keseluruhan perjalanan serta bukan hanya ketika berada di bawah air.

"Pengusaha juga perlu menyemak ramalan cuaca laut dan amaran rasmi sebelum setiap perjalanan selain memantau keadaan sepanjang aktiviti berlangsung.