England: Daripada kisah percintaan yang berakhir dengan tragedi hingga juruterbang tentera yang maut sebelum waktunya, beberapa hotel di Eropah didakwa dihuni 'tetamu' ghaib.

Kisah entiti paranormal dikatakan menghantui beberapa lokasi di benua itu, malah ada pelancong yang sanggup bermalam di premis berkenaan meskipun mengetahui kisah seram yang menyelubunginya.

Biarpun ramai memilih untuk mengelak hotel yang dikaitkan dengan aktiviti paranormal, beberapa premis di Eropah sebaliknya secara terbuka mengetengahkan kisah 'penghuni' ghaib masing-masing terutama menjelang sambutan Halloween seperti yang dilaporkan Euronews.

Berikut antara hotel yang menawarkan pengalaman penginapan dengan kisah seram tersendiri: