AYER KEROH: Barisan Nasional (BN) mahu memastikan kemajmukan masyarakat di Melaka terus terpelihara dalam kepemimpinan negeri menerusi pembabitan dua wakil MCA pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka kali ini.
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata persetujuan MCA untuk bertanding di dua kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), iaitu Klebang dan Machap Jaya, dicapai selepas mesyuarat kepemimpinan tertinggi parti itu, semalam.
Beliau yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata, langkah itu mencerminkan komitmen BN untuk memberikan ruang kepada pelbagai kaum dan golongan masyarakat di Melaka diwakili dalam kepemimpinan politik negeri.
"Persetujuan diperoleh daripada pihak MCA dan mereka sudah mengadakan mesyuarat kepemimpinan tertinggi parti. Sebagaimana yang diumumkan Presidennya (Datuk Seri Dr Wee Ka Siong), MCA akan tetap bertanding di dua kerusi DUN.









