TAIPEI: China dikesan menempatkan lebih 50 kapal tentera laut dan perkhidmatan rasmi lain yang beroperasi di kawasan perairan luas merentasi selatan Jepun, Taiwan hingga ke Filipina.

Tindakan terbaharu itu mendorong Taiwan mengisytiharkan tahap ancaman tertinggi yang kini sangat jelas, menurut pegawai kanan di Taipei.

Taiwan, yang dituntut China sebagai sebahagian daripada wilayahnya, kini meningkatkan usaha untuk mengedarkan perincian serta peta yang memaparkan kedudukan kapal perang dan Pengawal Pantai China beroperasi di sekitar kawasan berkenaan.

"Kami sentiasa berwaspada dengan aktiviti mereka. Ancaman serentak ke atas Taiwan, Jepun dan Filipina adalah sangat jelas," kata Setiausaha Agung Majlis Keselamatan Negara Taiwan, Joseph Wu.