KUALA LUMPUR: Platform permainan dan penciptaan digital global, Roblox mengumumkan usahawan Malaysia, Joel Neoh, dilantik sebagai Pengarah Urusan syarikat itu bagi Asia Tenggara dan Oceania.
Roblox dalam kenyataan hari ini, memaklumkan Neoh menyertai syarikat itu pada Oktober lalu dan akan mengetuai operasi perniagaan serantau, termasuk memperkukuh kerjasama serta menyokong pembangunan komuniti pencipta dan pembangun tempatan.
Mengulas pelantikannya menerusi kenyataan itu, Neoh berkata, beliau menghabiskan sebahagian besar kerjayanya membangunkan syarikat di rantau berkenaan dan menyaksikan sendiri kreativiti, sikap optimis serta semangat keusahawanan masyarakatnya.
"Perkembangan teknologi kini membuka lebih banyak peluang kepada orang ramai untuk beralih daripada sekadar menikmati pengalaman digital kepada menghasilkan kandungan sendiri.








