Kuala Lumpur: Permulaan cemerlang Selangor FC (SFC) dalam saingan Liga Super musim ini memberi bayangan awal 'bunga-bunga' pentas Asia berada pada landasan tepat untuk kembali mewarnai bumi Selangor.

Mencatat rekod lima perlawanan tanpa kalah setakat ini, Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid menganggap pencapaian awal berkenaan menunjukkan tanda-tanda peningkatan prestasi berbanding musim lalu.

Beliau berkata, sasaran sekurang-kurangnya berada di kedudukan naib juara Liga Super adalah relevan bagi memastikan SFC mendapat slot automatik bersaing di kejohanan peringkat benua itu kelak.

"Kita nampak ada peningkatan dari segi permainan dan konsistensi, jadi kita harap rentak ini dapat diteruskan untuk perlawanan seterusnya.