JAKARTA – Pengguna media sosial di Indonesia terkejut menonton klip video memaparkan kelibat didakwa pocong berkeliaran pada waktu malam.

Rakaman video dimuat naik di platform Instagram oleh akaun @psnewsid menunjukkan lembaga berwarna putih itu melompat tanpa henti.

Rakaman itu mencatatkan lebih 1.3 juta tontonan dan menimbulkan pelbagai reaksi.

“Kalau saya, saya sudah bertempiaran lari,” kata pengguna media sosial lain. – AGENSI