Melaka: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari mempertahankan calon muda parti itu bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Linggi, Mohammad Mukhlisul Mubin Julasapiyah.

Ia berikutan dakwaan bahawa Mohammad Mukhlisul Mubin atau lebih dikenali Muklis Mubin, 25, menggunakan 'kabel' Perdana Menteri dan menyalahgunakan dana Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Adly berkata, Muklis Mubin bersama calon DUN Klebang, Farzana Hayani Mohd Nasir, 26, adalah antara wajah muda yang diketengahkan PH pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau berkata, Muklis Mubin sebelum ini aktif sebagai sukarelawan dan berhak mengusahakan bantuan kepada rakyat menerusi kerjasama dengan agensi berkaitan.