Ankara: Bekas penyerang Liverpool, Dirk Kuyt dilantik sebagai pengendali sementara Fenerbahce sehingga rehat antarabangsa seterusnya, sekali gus bakal mengemudi pasukan itu ketika menerima kunjungan bekas kelabnya dalam saingan Liga Juara-Juara minggu depan.
Kelab Turki itu mengumumkan keputusan berkenaan selepas lembaga pengarah bersetuju memberikan tanggungjawab mengendalikan pasukan utama kepada Kuyt secara interim sementara proses mencari ketua jurulatih tetap dijalankan.
"Jawatankuasa yang ditubuhkan oleh lembaga pengarah akan menjalankan tugas melantik ketua jurulatih baharu dan proses itu akan dipercepatkan," menurut kenyataan Fenerbahce.
Kuyt, 46, mengambil alih tugas berkenaan daripada Ismail Kartal yang meletakkan jawatan susulan kekalahan 1-2 kepada Galatasaray dalam aksi derby, Isnin lalu.









