Kuala Lumpur: Polis Diraja Malaysia (PDRM) belum menentukan penugasan Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain selepas beliau kembali ke pasukan itu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohd Khalid Ismail berkata, pihaknya masih menunggu proses mendapatkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berhubung pemendekan tempoh pelantikan Mohd Shuhaily sebagai Ketua Pengarah Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS).
Beliau berkata, pelantikan Mohd Shuhaily ke jawatan itu dibuat Yang di-Pertuan Agong, justeru sebarang pemendekan tempoh perkhidmatannya memerlukan perkenan Seri Paduka Baginda.
"Sekiranya tempoh pelantikan itu hendak dipendekkan, ia mesti mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong sebelum beliau dikembalikan kepada PDRM.









