Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP Wong Kah Woh berkata, bagi PRN Melaka kali ini, DAP akan pastikan kempen yang dijalankan adalah positif, beri tumpuan prestasi serta rekod perkhidmatan calon. (Gambar Facebook)MELAKA: DAP menyasarkan untuk mempertahankan empat kerusi yang disandangnya pada PRN Melaka, iaitu DUN Kesidang, Kota Laksamana, Bandar Hilir dan Ayer Keroh.
Pengarah Pilihan Raya Kebangsaan DAP Wong Kah Woh berkata, parti itu turut mengintai peluang untuk merebut tiga lagi kerusi yang diperuntukkan oleh Pakatan Harapan (PH), iaitu DUN Gadek, Duyong dan Pengkalan Batu.
Beliau berkata, jentera DAP dari seluruh negara akan digerakkan secara berperingkat bagi membantu kempen tujuh calon parti itu di bawah penyelarasan Ketua DAP Melaka Khoo Poay Tiong.







