Menteri Pengajian Tinggi Zambry Abdul Kadir menyeru akademia dan cendekiawan untuk kembali menilai tanggungjawab kepada masyarakat.KLANG: Menteri Pendidikan Tinggi Zambry Abdul Kadir menyeru tenaga pengajar universiti supaya merenung cabaran dihadapi mereka dalam masyarakat yang semakin bergantung kepada kecerdasan buatan (AI) sebagai rujukan pengetahuan.
Dalam ucapannya sempena Majlis Anugerah Akademik Negara ke-17, Zambry memberitahu hadirin bahawa pelajar hari ini tidak lagi menganggap profesor sebagai sumber utama ilmu mereka.
"Mari kita sama-sama merenung tentang cabaran yang ada di hadapan kita ini...tentunya kita mahu melahirkan para pelajar yang mempunyai kemampuan berfikir dan kemampuan berkomunikasi yang baik, dan dalam masa yang sama menjadi manusia yang baik," katanya.






