PETALING JAYA: Pelajar dan tenaga pengajar beragama Hindu di seluruh institusi pendidikan tinggi awam (IPTA) diberi kemudahan mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara dalam talian atau hibrid mulai 5 hingga 13 November ini sempena sambutan Deepavali.

Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) memaklumkan, kemudahan itu meliputi universiti awam, politeknik dan kolej komuniti.

Katanya, langkah tersebut bertujuan memberi ruang kepada pelajar dan tenaga pengajar yang meraikan Deepavali pada 8 November ini untuk pulang ke kampung halaman serta meluangkan masa bersama keluarga.

“Bagaimanapun, pelaksanaannya adalah tertakluk kepada kesesuaian dan keperluan program akademik di institusi masing-masing bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran serta aktiviti akademik tidak terjejas.