KUALA LUMPUR: Cadangan penubuhan Universiti Sains Sukan Malaysia (USSM) perlu dikaji semula secara menyeluruh bagi memastikan institusi itu mampu memenuhi keperluan industri sukan negara, khususnya dari aspek peluang kerjaya dan pembangunan atlet elit.
Pemerhati sukan tempatan, Dr Nasnoor Juzaily Mohd Nasiruddin berkata, idea menubuhkan universiti khusus berkenaan boleh dipertimbangkan, namun pelaksanaannya perlu mengambil kira lambakan graduan sains sukan yang dihasilkan universiti tempatan ketika ini.
"Jika melihat kepada keadaan sekarang dan jumlah graduan yang kita hasilkan, industri sukan negara tidak cukup besar untuk menampung mereka selepas tamat pengajian. Industri kita terlalu kecil bagi menampung graduan sains sukan di negara ini.






