PETALING JAYA: Skuad hoki negara meneruskan momentum positif dalam kempen Trofi Juara-Juara Asia (ACT) 2026 apabila membelasah Bangladesh 6-1, hari ini.
Dalam tersebut, Azrai Aizad Abu Kamal membuka tirai jaringan seawal minit ke-14 menerusi gol padang sebelum menggandakan kedudukan melalui pukulan sudut penalti pada minit ke-22.
Bangladesh cuba merapatkan jurang menerusi jaringan pukulan sudut penalti Amirul Islam pada minit ke-26, namun Malaysia kembali menguasai permainan apabila Akhimullah Anuar Esook meledak gol ketiga Speedy Tigers tiga minit kemudian.
Azimuddin Syakir Kamaruddin turut mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-32 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Shello Silverius menambah jaringan kelima negara menerusi gol padang seminit kemudian.








