Alor Gajah: Seorang wanita dipenjara setahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, selepas mengaku salah menipu seorang pegawai kanan agensi kerajaan negeri berkaitan pembelian tambah nilai e-wallet Touch 'n Go.

Majistret Dr Teoh Shu Yee menjatuhkan hukuman itu selepas menerima pengakuan salah Rohaida Yahil, 50, dan menimbangkan fakta kes, rayuan pembelaan serta hujahan pendakwaan.

Beliau memerintahkan hukuman penjara terhadap tertuduh bermula dari tarikh sabitan hari ini.

Rohaida didakwa memperdaya lelaki pegawai berusia 48 itu, dalam urusan pembelian tambah nilai e-wallet Touch 'n Go, sehingga mangsa menyerahkan keratan pin tambah nilai bernilai RM1,000.