Bangkok: Pakar perubatan Malaysia Dr Mary Suma Cardosa mencipta sejarah sebagai individu pertama dari Asia menjadi Presiden International Association for the Study of Pain (IASP) sejak penubuhan organisasi itu lebih 50 tahun lalu.

Cardosa memulakan tempoh jawatan presiden selama dua tahun sehingga 2028 pada majlis penutupan Kongres Kesakitan Sedunia 2026 di Bangkok pada Jumaat, menggantikan Andrew Rice dari United Kingdom.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan IASP beliau berkata, kepimpinannya akan memberi tumpuan kepada usaha memajukan sains kesakitan, memperkukuh pendidikan penjagaan kesihatan serta meningkatkan akses kepada pengurusan kesakitan yang berkesan di seluruh dunia.

"Kesakitan menjejaskan penduduk di setiap negara, namun akses kepada rawatan kesakitan yang berkesan masih sangat tidak seimbang," katanya sambil menekankan kepentingan pendidikan, perkhidmatan klinikal yang lebih kukuh serta kerjasama pelbagai disiplin.