Kuala Lumpur: Pertubuhan Gagasan Inovasi Rakyat Malaysia (PGIRM) memohon kerajaan meneliti mekanisme yang mengambil kira keadaan mendesak beberapa kumpulan komuniti bagi pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Presiden PGIRM, Azmi Mohd Tahir berkata, langkah itu penting bagi pencarum yang kehilangan pendapatan, berdepan masalah kesihatan dan tidak lagi mempunyai keupayaan mencarum seperti sebelumnya.

"PGIRM berpandangan cadangan ini wajar dinilai melalui kajian rasmi, data dan penilaian impak yang menyeluruh sebelum sebarang keputusan dibuat.

"Kami ingin menegaskan bahawa perlindungan simpanan hari tua dan keperluan kehidupan pencarum pada hari ini tidak seharusnya dilihat sebagai dua perkara yang saling menafikan.