KUANTAN: Kerajaan Pahang bersetuju menaikkan kadar bayaran sara hidup bulanan kepada 563 peserta Rancangan Penempatan Semula Keselamatan (RPSK) di negeri ini daripada RM1,000 kepada RM1,100 seorang, berkuat kuasa Januari 2027.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail, berkata keputusan itu dipersetujui menerusi Mesyuarat Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Pertanian Negeri Pahang (PKPP) sebagai usaha menjaga kebajikan peserta, khususnya dalam menghadapi peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, kenaikan RM100 itu membabitkan peserta di empat rancangan penempatan iaitu Sungai Chalit di Raub serta Merapoh, Peruang dan Jerkoh di Lipis.

"Kadar bayaran sara hidup ini tidak pernah disemak semula sejak 2013. Justeru, sudah tiba masanya kadar bayaran ini dinilai semula agar lebih bersesuaian dengan keadaan dan keperluan semasa.