MELAKA: Kerajaan melancarkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) yang menggariskan 35 strategi dan 429 ikhtiar bagi menangani tekanan kos sara hidup rakyat secara menyeluruh dalam tempoh lima tahun akan datang.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Armizan Mohd. Ali berkata, pelan itu menjadi kerangka tindakan kebangsaan untuk memandu pengurusan kos sara hidup secara bersepadu sekali gus meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat.

Menurut beliau, NCLAP30 menggunakan pendekatan whole-of-nation yang menuntut kerjasama kerajaan, sektor swasta dan masyarakat.

Katanya, strategi dan ikhtiar sara hidup itu merangkumi penerusan serta penambahbaikan inisiatif sedia ada selain pengenalan program baharu yang dilaksanakan merentasi pelbagai kementerian dan agensi termasuk melalui kerjas