MELAKA - Kerajaan melancarkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) sebagai kerangka tindakan nasional bagi tempoh lima tahun untuk memperkukuh pengurusan kos sara hidup rakyat secara menyeluruh dan bersepadu.Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, pelan itu menggariskan 35 strategi dan 429 ikhtiar sara hidup yang merangkumi pelbagai inisiatif sedia ada serta program baharu.Menurutnya, NCLAP30 dibangunkan bagi meningkatkan taraf dan kualiti hidup rakyat menerusi pendekatan yang melibatkan pelbagai kementerian, agensi kerajaan serta rakan strategik."Pelan ini akan digerakkan melalui lapan kluster strategik iaitu pendapatan, makanan, kesihatan, pendidikan, pengangkutan, perumahan, utiliti dan umum."Pelaksanaannya memberi tumpuan kepada dua keutamaan utama iaitu meningkatkan pendapatan sara hidup rakyat serta menstabilkan harga barangan dan perkhidmatan asas," katanya pada sidang media pelancaran NCLAP30 di pekarangan Kompleks Sukan Hang Jebat di sini pada Sabtu.Perasmiannya disempurnakan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Armizan berkata, pelan berkenaan turut berperanan memandu pelaksanaan dasar, program dan inisiatif berkaitan kos sara hidup supaya lebih berkesan, terselaras serta mampu memberikan manfaat optimum kepada rakyat.Beliau berkata, NCLAP30 merupakan dokumen dinamik yang akan ditambah baik dari semasa ke semasa bagi memastikan strategi dan program yang dilaksanakan kekal relevan dengan perubahan sosioekonomi serta keperluan semasa rakyat.Katanya, pelan itu juga sejajar dengan hala tuju dasar utama negara termasuk Kerangka Ekonomi Madani dan strategi yang digariskan dalam Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13)."Bagi memastikan pelaksanaannya lebih menyeluruh dan bersepadu, Mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara Bilangan 2/2026 pada 29 September lalu turut memutuskan supaya peranan Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) diperkasakan."Langkah itu merangkumi pemantauan dan penelitian terhadap pelaksanaan semua program serta inisiatif berkaitan sara hidup yang dilaksanakan oleh pelbagai kementerian dan agensi," katanya.Armizan berkata, kerjasama semua pihak amat penting bagi memastikan pelan berkenaan mencapai matlamatnya dalam menangani isu kos sara hidup dan meningkatkan kesejahteraan rakyat.
35 strategi, 429 ikhtiar tangani kos sara hidup rakyat

Key takeaways
Kerajaan melancarkan Pelan Tindakan Sara Hidup Negara 2030 (NCLAP30) sebagai kerangka lima tahun untuk mengurus kos sara hidup secara bersepadu. Pelan ini mengandungi 35 strategi dan 429 ikhtiar yang dilaksanakan melalui lapan kluster strategik utama.
- NCLAP30 menggariskan 35 strategi dan 429 ikhtiar sara hidup yang merangkumi inisiatif sedia ada serta program baharu.
- Pelaksanaan pelan ini tertumpu kepada dua keutamaan utama iaitu meningkatkan pendapatan rakyat dan menstabilkan harga barangan asas.
- Dokumen NCLAP30 bersifat dinamik dan akan ditambah baik dari semasa ke semasa untuk kekal relevan dengan keperluan semasa rakyat.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Also reported by Free Malaysia Today , Utusan Malaysia
Story details
- Published
- Updated
- October 24, 2026 at 9:09 AM UTC
- By
- NORAFIZA JAAFAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 5 sources, oldest first.
- Sinar Harian 35 strategi, 429 ikhtiar tangani kos sara hidup rakyat (this story)
- Utusan Malaysia NCLAP30 tangani kos sara hidup rakyat
- Free Malaysia Today Kerajaan lancar pelan 5 tahun dengan 429 ikhtiar tangani kos sara hidup







