KUALA LUMPUR: IGB Real Estate Investment Trust (IGB REIT) mencatatkan keuntungan bersih lebih tinggi sebanyak RM144.15 juta bagi suku ketiga berakhir 30 September 2026 daripada RM95.62 juta pada suku sama tahun lalu.
Perolehan meningkat kepada RM249.33 juta daripada RM165.19 juta pada suku kedua 2026.
Bagi tempoh terkumpul sembilan bulan berakhir 30 September 2026, keuntungan bersih IGB REIT meningkat kepada RM446.23 juta daripada RM294.70 juta manakala perolehan turut menokok kepada RM751.62 juta daripada RM496.72 juta dalam tempoh sama pada tahun sebelumnya.
Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini memaklumkan bahawa perolehan, pendapatan bersih hartanah dan keuntungan selepas cukai yang lebih tinggi sebahagian besarnya disumbangkan oleh pendapatan dan keuntungan tambahan daripada Mid Valley Southkey Mall (MVS) dan pendapatan sewa yang meningkat daripada Mid Valley Megamall (MVM) dan The Gardens Mall (TGM).








