DAKAR: Sukan Olimpik Remaja Dakar yang bakal melakar sejarah sebagai temasya Olimpik pertama diadakan di Afrika akhirnya bersedia membuka tirai, meskipun terpaksa ditangguhkan selama empat tahun, kata Presiden Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC), Kirsty Coventry.
Senegal menjadi negara Afrika pertama menganjurkan acara sukan Olimpik dengan temasya yang bermula esok membabitkan hampir 2,700 atlet berusia 14 hingga 17 tahun dari 204 jawatankuasa Olimpik kebangsaan.
Temasya yang berlangsung sehingga 13 November itu pada asalnya dijadualkan pada 2022, namun terpaksa ditangguhkan susulan pandemik Covid-19.
"Ia akhirnya tiba. Kami sangat gembira. Penganjuran ini sudah lama dinantikan," kata Coventry pada sidang media di Dakar selepas meninjau venue pertandingan dan perkampungan atlet menjelang majlis pembukaan.








