CRISTIANO Ronaldo terus mengukuhkan statusnya sebagai pemain bola sepak terkaya dunia apabila menjadi pemain pertama dalam sukan itu yang memiliki kekayaan melebihi AS$2 bilion (RM8.17 bilion), menurut laporan Forbes.Bintang Portugal itu dilaporkan meraih pendapatan sebanyak AS$300 juta (RM1.22 bilion) sepanjang tahun ini sekali gus mengukuhkan kedudukannya di puncak senarai pemain bola sepak berpendapatan tertinggi dunia.Ronaldo sebelum ini mencipta sejarah sebagai pemain bola sepak pertama yang melepasi pendapatan AS$1 bilion pada 2020, sebelum mencapai angka AS$2 bilion awal tahun ini.Kedudukan itu banyak dibantu kontrak lumayan bersama kelab Arab Saudi, Al-Nassr yang dianggarkan membayarnya sekitar AS$652,000 (RM2.66 juta) sehari.Selain pendapatan di atas padang, bekas bintang Manchester United dan Real Madrid itu turut menjana kira-kira AS$56 juta (RM228 juta) menerusi tajaan, sokongan komersial serta pelbagai usaha perniagaan sepanjang tahun ini.Jumlah pendapatan luar padang Ronaldo itu sahaja sudah mengatasi keseluruhan pendapatan tahunan hampir semua pemain lain dalam senarai berkenaan.Kedudukan Ronaldo di tangga teratas turut menyaksikan Lionel Messi terus menjadi pencabar terdekatnya apabila bintang Inter Miami itu menduduki tempat kedua dengan pendapatan dianggarkan AS$145.78 juta (RM595.56 juta).Ini merupakan kali ke-12 dalam tempoh 13 tahun kedua-dua pemain legenda itu menduduki dua tangga teratas senarai berkenaan.
Ronaldo cipta sejarah, pendapatan cecah RM8.17 bilion

Key takeaways
Ronaldo menjadi pemain bola sepak pertama dengan kekayaan melebihi AS$2 bilion, dengan pendapatan tahun ini sebanyak AS$300 juta.
- Ronaldo mencipta sejarah sebagai pemain pertama dengan kekayaan melebihi AS$2 bilion.
- Kontrak dengan Al-Nassr membantu meningkatkan pendapatan Ronaldo sebanyak AS$652,000 sehari.
- Messi menduduki tempat kedua dengan pendapatan AS$145.78 juta tahun ini.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- WARTAWAN SUKAN SINAR
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Berita Harian Saya mahu cipta sejarah - Rifdean
- Berita Harian Ziyad kecewa gagal cipta sejarah
- Sinar Harian Ronaldo cipta sejarah, pendapatan cecah RM8.17 bilion (this story)








