PUTRAJAYA - Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) menegaskan Perjanjian Keyakinan dan Pembekalan (CSA) yang ditandatangani enam Ahli Parlimen Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) bersama kerajaan Persekutuan berpaksikan sepenuhnya kepada empat tonggak utama yang menjadi dasar pertimbangan parti.Ketua Penerangan Armada, Harris Idaham Rashid berkata, ia melibatkan kepentingan negara, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik dan keutuhan kerajaan Persekutuan.Menurutnya, Bersatu telah meletakkan syarat pelaksanaan reformasi struktur perundangan yang menjadi teras kepada pematangan demokrasi negara."Dalam mendepani cabaran geoekonomi semasa, kestabilan tatakelola domestik adalah prasyarat mutlak yang wajib dipertahankan bagi memastikan kebajikan rakyat di peringkat akar umbi sentiasa dilindungi dan tidak menjadi pertaruhan," katanya dalam kenyataan pada Khamis.Jelas beliau, Armada yang mendukung keputusan kepimpinan Pusat menegaskan Agenda Pemerkasaan Bumiputera telah dipastikan oleh Bersatu untuk termaktub secara substantif sebagai instrumen utama yang tidak boleh dikompromi dalam perjanjian itu.Katanya, langkah itu bagi menjamin ekosistem ekonomi, ekuiti pendidikan dan peluang sosioekonomi anak watan terus dilindungi serta diperkasakan menerusi dasar Persekutuan."Di samping itu, penandatanganan CSA ini digerakkan atas dasar komitmen padu Bersatu terhadap Reformasi Institusi yang menyeluruh," ujarnya.Harris berkata, antara syarat reformasi struktur perundangan yang digariskan ialah mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri bagi menjamin ketelusan tadbir urus dan mengelakkan pemusatan kuasa mutlak.Selain itu, pemisahan peranan Peguam Negara dan Pendakwa Raya turut menjadi tuntutan bagi memelihara kebebasan sistem kehakiman serta menegakkan kedaulatan undang-undang tanpa campur tangan politik."Armada percaya bahawa politik matang harus berteraskan semak dan imbang yang objektif. Perjanjian CSA ini menjadi bukti komitmen berprinsip Bersatu dalam mengutamakan kepentingan nasional mengatasi percaturan politik kepartian demi masa depan Malaysia yang lebih stabil dan telus," katanya.
Empat tonggak utama jadi paksi Bersatu tandatangani CSA

Key takeaways
Armada menyatakan CSA yang ditandatangani Bersatu berpaksikan empat prinsip utama seperti kepentingan negara dan kestabilan politik.
- CSA berpaksikan kepentingan negara, kesejahteraan rakyat, kestabilan politik dan keutuhan kerajaan.
- Bersatu menegaskan reformasi struktur perundangan sebagai teras pematangan demokrasi.
- CSA melibatkan pembatasan tempoh jawatan Perdana Menteri untuk ketelusan tadbir urus.
Summarised automatically by AI from the original article by Sinar Harian. AI can make mistakes, so check the original for details.
Story details
- Published
- By
- TUAN BUQHAIRAH TUAN MUHAMAD ADNAN
- Section
- BERITA
- Language
- Malay (Malaysia)
- Format
- Article
- Original
- sinarharian.com.my ↗
Related reporting
6 stories on this topic from 3 sources, oldest first.
- Harian Metro Agensi kerajaan jadi sasaran utama penggodam
- Berita Harian PRN Melaka: PH pertaruh empat teras utama
- Harian Metro PH pertaruh empat teras utama hadapi PRN Melaka
- Sinar Harian Empat tonggak utama jadi paksi Bersatu tandatangani CSA (this story)








