KUALA LUMPUR: Pengalaman menjuarai kategori Vocalist of the World pada World Championship of Performing Arts (WCOPA) di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS), pada 2014 menjadi bekalan buat penyanyi Aina Abdul untuk sekali lagi mengibarkan bendera negara di pentas antarabangsa menerusi Eurovision Asia 2026 di Bangkok, Thailand, pada 14 November ini.
Selepas mengungguli kategori berkenaan, Aina, 33, kembali membawa misi tersendiri menerusi lagu Bluest Sky yang disifatkannya sebagai 'surat cinta' dari lubuk hati, sarat dengan emosi dan kisah peribadi.
Bertemu dengannya pada sesi pelancaran eksklusif lagu berkenaan di Rex Kuala Lumpur (KL), baru-baru ini, Aina yang tampil anggun dalam busana biru laut, kelihatan yakin untuk menggalas tanggungjawab mewakili Malaysia.






