PETALING JAYA – Kualiti udara di seluruh negara kekal pada tahap baik dan sederhana apabila tiada kawasan mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, manakala 44 kawasan merekodkan bacaan sederhana setakat 9.30 pagi ini.
Berdasarkan Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Balok Baru Kuantan, Pahang mencatatkan bacaan IPU tertinggi iaitu 89.
Batu Muda, Kuala Lumpur merekodkan bacaan kedua tertinggi iaitu 82, diikuti Keningau, Sabah (78), Kluang, Johor (76), Serian, Sarawak (74) dan Sri Aman, Sarawak (73).
Di Johor, Larkin mencatatkan bacaan IPU 69, diikuti Pasir Gudang (65), Tangkak (56), Segamat (53), Kota Tinggi (52), Batu Pahat (51) dan Pengerang (51).









