TEL AVIV – Kem Perdana Menteri Benjamin Netanyahu mengatasi blok pembangkang tetapi masih jauh untuk mendapatkan majoriti, demikian menurut keputusan muktamad pilihan raya umum Israel hari ini.
Gabungan parti berhaluan kanan dan kanan tegar Netanyahu menang 53 daripada 120 kerusi Knesset (Parlimen), dengan parti Likud pimpinannya kekal fraksi terbesar dengan 27 kerusi.
Blok pembangkang diterajui pemimpin berhaluan tengah Gadi Eisenkot, memperoleh 48 kerusi.
Keputusan yang diumumkan oleh Jawatankuasa Pilihan Raya Pusat itu juga memperlihatkan kemunculan gabungan parti Arab iaitu Raam dan Joint List seb








