DUNGUN – Seekor tapir betina dewasa seberat kira-kira 200 kilogram muat dirempuh sebuah kenderaan pikap, Mitsubishi Triton di Jalan Dungun-Bukit Besi, berhampiran Kampung Serdang, di sini, malam tadi.
Dalam kemalangan pada pukul 8.30 malam itu, pemandu dan penumpang kenderaan Mitsubishi Triton terselamat tanpa sebarang kecederaan.
Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Dennis Ten Choon Yung berkata, anggota Perhilitan daerah Dungun bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima maklumat insiden berkenaan.








