KUALA LUMPUR – Gara-gara memaparkan beberapa babak penyalahgunaan dadah, pengarah Ariff Zulkarnain mengakui terpaksa melalui proses panjang kira-kira dua tahun bagi mendapatkan kelulusan Lembaga Penapisan Filem (LPF) untuk filem pertamanya, Baga: Esok Untuk Siapa.

Meskipun berdepan jalan berliku, Ariff berpegang pada prinsip untuk tidak mengalah sebaliknya berusaha mencari jalan penyelesaian terbaik bersama pihak penerbit.

“Pada peringkat awal, terdapat 16 babak yang diminta untuk dipotong atas faktor penapisan.

“Kami tidak mahu mengalah, sebaliknya cuba menyusun semula jalan cerita dan mengolah babak yang