KUANTAN – Bekas Ketua Balai Bomba Cameron Highlands didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas pertuduhan menerima rasuah sebanyak RM2,000, tahun lalu.
Bagaimanapun tertuduh, Wan Muhammad Faiz Wan Asri, 31, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Sazlina Safie.
Menurut pertuduhan, tertuduh yang ketika itu bertugas sebagai Ketua Balai Bomba Cameron Highlands didakwa menerima wang berjumlah RM2,000 daripada S. Amar Singh tanpa sebarang balasan.
Perbuatan itu didakwa dilakukan kira-kira pukul 9.45 malam pada 28 Mei 2025 di perkarangan Dewan Serbaguna Puncak Ara








