Kuala Lumpur: Dua pengguna media sosial dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas tuduhan membuat hantaran jelik terhadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, Ogos lalu.
Kedua-dua orang kena saman (OKS), Abdullah Aidid Mochtar @ Ahmad Duta, 44 tahun dan Ashadi Zul'izzi Zainal Abidin, 46, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan secara berasingan di hadapan Hakim Muhammad Ilmami Ahmad.
Berdasarkan pertuduhan, Abdullah Aidid didakwa menggunakan akaun TikTok 'rookiebenz_albenzauto' secara sedar membuat dan memulakan hantaran jelik melampau terhadap Tuanku Muhriz dengan niat untuk menyakitkan hati mana-mana orang pada 11.27 malam, 1 Ogos lalu.










