Seremban: Kerajaan Negeri Sembilan berhasrat untuk mendokumentasikan pengetahuan adat, sejarah lisan dan amalan tradisi dalam Adat Perpatih untuk mengelak salah faham sekali gus memelihara kepentingan selain bagi tujuan rujukan generasi akan datang.

Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim, berkata usaha itu perlu dilakukan bagi memastikan warisan berharga itu dapat dipertahankan lebih-lebih jika tiada lagi kalangan mereka atau tokoh adat sedia ada.

Katanya, tanggungjawab ini bukan terletak pada institusi adat atau muzium semata-mata sebaliknya semua pihak termasuk pemimpin adat, institusi pendidikan dan agensi kerajaan berperanan memastikan ilmu serta amalan adat Perpatih dapat diwariskan kepada generasi seterusnya.