Kuala Lumpur: Skuad Bawah 15 Tahun (B-15) negara menamatkan saingan Festival dan Piala Dunia B-15 2026 di tangga ke-56 daripada 189 pasukan yang bertanding.

Ini selepas anak buah P Maniam menutup final Tier B dengan kekalahan 0-2 kepada Lubnan pada aksi di Kompleks Pertandingan Hovsan, Baku, Azerbaijan, hari ini.

Selepas tumbang menerusi penentuan sepakan penalti di tangan Qatar pada aksi separuh akhir Tier B malam tadi, skuad B-15 berpeluang untuk memburu tempat ke-55.

Mereka memberi tentangan kepada Lubnan dan mencipta beberapa peluang, namun Lubnan membuka jaringan pada minit ke-15.