PETALING JAYA: Perancangan Malaysia selaku tuan rumah Sukan SEA 2027 kini memasuki fasa lebih jelas apabila senarai 43 jenis sukan membabitkan 473 acara rasmi dimuktamadkan, sekali gus menamatkan segala ruang untuk permohonan penambahan baharu.

Keputusan itu dicapai menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Sukan SEA kali ketiga yang berlangsung secara dalam talian, membabitkan presiden serta wakil Jawatankuasa Olimpik Kebangsaan (NOC) negara serantau.

Timbalan Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Wira Dr Nur Azmi Ahmad berkata kesepakatan itu dicapai selepas mengambil kira kekangan masa serta keperluan menyelaraskan persiapan dengan kalendar temasya antarabangsa lain.

"Semua wakil negara bersetuju dengan 43 sukan dan 473 acara yang diputuskan hari ini. Ini adalah keputusan muktamad dan tiada lagi sukan lain boleh dimasukkan kerana masa sudah terlalu suntuk.