KUALA LUMPUR: Bekas penyerang prolifik Chelsea, Jimmy Floyd Hasselbaink percaya skuad The Blues mampu melakar kemenangan ke atas Manchester United di Stamford Bridge, malam esok.
Bercakap kepada media pada program The Famous CFC di ibu negara, Hasselbaink optimis anak buah Xabi Alonso akan bangkit meraih kemenangan selepas tumbang 2-0 di tangan Tottenham, minggu lalu.
"Saya begitu yakin dan pasti Chelsea akan menang. Chelsea akan menang 2-0.
"Penjaringnya adalah Pedro Neto dan saya yakin Cole Palmer juga akan menjaringkan gol," kata Hasselbaink.






