KUALA LUMPUR: Permulaan cemerlang Selangor FC (SFC) dalam saingan Liga Super musim ini memberi bayangan awal pasukan berada di landasan tepat untuk kembali mewarnai pentas Asia.

Mencatat rekod lima perlawanan tanpa kalah setakat ini, Presiden Kelab Penyokong Anak Selangor (ASFC), Mohd Faizal Wahid menganggap pencapaian awal berkenaan menunjukkan tanda-tanda peningkatan prestasi berbanding musim lalu.

Faizal berkata, sasaran sekurang-kurangnya berada di kedudukan naib juara Liga Super adalah relevan bagi memastikan Selangor mendapat slot automatik bersaing di kejohanan peringkat benua itu kelak.

"Kita nampak ada peningkatan dari segi permainan dan konsistensi, jadi kita harap rentak ini dapat diteruskan untuk perlawanan-perlawanan seterusnya.