PETALING JAYA – Selangor FC meneliti langkah untuk menuntut pampasan daripada Persekutuan Bola Ssepak Antarabangsa (FIFA) susulan kecederaan Faisal Halim ketika menyarung jersi Harimau Malaya pada Piala ASEAN FIFA 2026 di Jakarta pada awal bulan ini.

Ketua Pegawai Eksekutif SFC, Dr Johan Kamal Hamidon berkata, kelab kini melengkapkan dokumentasi bagi menyokong tuntutan berkenaan mengikut garis panduan perlindungan pemain FIFA.

Katanya, pampasan boleh dipertimbangkan sekiranya pemain gagal pulih dalam tempoh 28 hari akibat kecederaan ketika tugasan antarabangsa, tertakluk kepada syarat kelayakan ditetapkan.

“Pihak pengurusan akan mengumpul dokumen yang diperlukan untuk menyokong tuntutan kepada FIFA itu,” katanya ketika ditemui Kosmo!