PUTRAJAYA – Lakonan luar biasa sebagai wanita sindrom Turner bernama Nor menerusi drama Seribu Tahun, aktres Noorkhiriah berjaya dinobatkan sebagai Pelakon Wanita Drama TV Terbaik Anugerah Seri Angkasa 2026 (ASA2026) di sini, malam ini.
Kemenangan tersebut sekali gus mengetepikan tiga lagi pelakon iaitu Fauziah Ahmad Daud yang membintangi drama Dosa Tak Terampun dan Cinta Yang menakluki, Mira Filzah (Curang Tanpa Niat) dan Sharifah Sakinah (Wok).
Tuah turut menyebelahi aktor Azhan Rani apabila diumumkan memenangi kategori Pelakon Lelaki Drama TV Terbaik menerusi watak antagonis sebagai Deris dalam drama Wok.
Menerusi kemenangan inj, Noorkhiriah dan Azhan menerima hadiah wang tunai RM10,000 serta trofi.







%2Ffile%2Fattachments%2Forphans%2Fphannoucemalaccaelectioncandidate2026102401_837366.png&w=480&output=webp&q=85&we)


