KUALA LUMPUR: Penjenamaan semula Stesen MRT Raja Uda–Institut Jantung Negara (IJN) disifatkan sebagai langkah menghubungkan pengangkutan awam dengan perkhidmatan kesihatan, sekali gus menyediakan panduan perjalanan lebih jelas kepada pesakit dan keluarga.
IJN dalam satu kenyataan berkata, nama institusi itu kini dipaparkan pada papan tanda, peta laluan dan pengumuman di dalam tren sepanjang Laluan MRT Putrajaya.
Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan IJN, Datuk Dr Shaiful Azmi Yahaya, berkata kerjasama berkenaan menjadi satu lagi pencapaian dalam usaha menjadikan perkhidmatan kepakaran jantung lebih mudah diakses masyarakat.
"Bagi IJN, inisiatif ini bukan sekadar penjenamaan stesen kerana ia mencerminkan komitmen berterusan kami untuk meningkatkan aksesibiliti," kata Shaiful Azmi pada majlis pelancaran dan penjenamaan stesen itu.








